Realiti Peperangan di Iraq
Tadi masa Miss A tengok berita kat tv3 pukul 8 malam tadi.Ada satu laporan dari Wikileaks (Wikileaks Iraq Wars Diaries) yang menyatakan hampir 500 000 orang yang terkorban termasuk tentera US yang terkorban sepanjang peperangan di Iraq.Cuba korang teka,berapa tahun dah tentera US menjajah Iraq (kajian ini bermula pada tahun 1 Januari 2004 hingga 31 Disember 2009),jadi hampir 5 tahun.
Teringat Miss A masa tengok rancangan emak saudara Miss A kat US,The Oprah Winfrey Show..hehehe..Ok,ader satu slot tue menceritakan tentera US yang cedera parah yang kebanyakkannya hilang kaki,hilang tangan,hilang kaki tangan,mula nya Miss A tak percaya sebab Amerika sebuah negara yang amat hebat dengan teknologi ketenteraan,sudah pasti dapat mengurangkan risiko kematian dan kecederaan,tapi ini lah realiti.Walter Reed Army Medical Centre yang bertempat di Washington adalah buktinya,ia adalah tempat di mana semua askar yang mengalami kecacatan dan kurang upaya ditempatkan.Hampir kesemua mereka termasuk wanita mengalami masalah emosi dan mental serta trauma akibat peperangan,ada mereka yang terpijak periuk api yang ditanam di Iraq,diserang hendap,kemalangan semasa menaiki kenderaan,jadi tempat inilah merupakan tempat rawatan dan pemulihan bagi mereka.
Sebenarnya,bukan trauma bagi tentera US sahaja,tapi yang menjadi mangsa adalah rakyat Iraq itu sendiri,inilah terjadi sekiranya aspek KEMANUSIAAN tidak diendahkan..
.....inilah HASILNYA
Club Medical For Heroes?????
0 comments :
Post a Comment