Tuesday, November 9, 2010

Terima Kasih Kerana Tak Lupakan,Abah...

Selagi seorang anak perempuan tue masih belum berkahwin,syurganya masih terletak di bawak tapak kaki ibu dan dosanya masih ditanggung oleh ayahnya,itu menurut dari segi agama Islam.Dengan kepercayaan inilah yang menjadi pegangan hidup Miss A.Sekadar berkongsi cerita,pada suatu petang masa pergi pasar malam,Miss A telah membeli makanan kegemaran abah,Satay Ayam,yup..nie memang abah suka makan dari dulu sampai sekarang.Kalau keluar makan pun dengan abah,mesti tak lupa pesan menu nie...Biler abah balik jer keje petang tue pastu terus jer pergi meja makan,seolah-olah tahu bau satay kan.Sambil tersenyum pada Miss A,"terima kasih Ainnur kerana tak lupakan abah"...Miss A hanya tersenyum.Teringat kata-kata abah yang selalu ingatkan pada Miss A,"hidup kena flexible,ainnur,kat mana tempat kita tinggal,makan,hidup,kita kena sesuaikan ikut keadaan"...Terima Kasih Abah,jasamu tak ternilai....sayang kat abah dan emak...oppss..luper...

Selamat Hari Lahir Abah yang Ke-52
-from ur lovely daughter ever-

0 comments :